Tuesday, August 4, 2015

Tips Untuk Menjadi Jutawan Apabila Mencapai Usia 30 Tahun


Imej diperoleh daripada http://www.931freshradio.ca/files/2013/07/get-rich-round-green-button.jpg
Saya sering kali membaca artikel-artikel kewangan, keusahawanan dan bisnes daripada laman web seperti Business Insider dan LinkedIn. Pada entry kali ini, saya akan mengongsikan beberapa langkah untuk menjadi jutawan apabila mencecah umur 30 tahun yang saya baca dari sebuah laman web berbahasa Inggeris, Business Insider. Berikut merupakan pengertian yang saya dapati daripada membaca artikel hasil nukilan seorang jutawan.

1. Ikuti wang

Tingkatkan kewangan anda dengan mencari dan menyambar setiap peluang yang ada.

2. Jangan Menunjuk-nunjuk Sebaliknya, Beretikalah

Tidak salah sekiranya setelah anda mula berhasil menambah baik mutu kehidupan anda, anda 'enjoy' sedikit. Tetapi janganlah baru saja nak UP, terus beli kereta mewah, baju top price apa segala untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan sekerja anda sebaliknya, jadilah terkenal dengan etika kerja anda. Berusahalah menjadi pekerja yang CEMERLANG!

3. Menyimpan Untuk Melabur, Bukan untuk Menyimpan

Huh? Apa ertinya ayat di atas? Maksudnya, simpanlah wang yang anda 'save' ke dalam satu akaun yang tidak boleh disentuh dan selamat. Dalam erti kata lain, wang di dalam akaun tersebut, anda tak boleh keluarkan dalam apa jua keadaan sekalipun termasuk kecemasan. Suatu hari nanti, anda akan melihat wang yang anda simpan bertambah disebabkan faedah atau bunga yang ditambah oleh pihak bank ke dalam akaun anda.

4. Hindarilah Jalan Hidup Berhutang

Sebaiknya dalam hidup ini janganlah kita berhutang kerana berhutang hanya mencekik hidup kita. Berhutang hanya jika perlu, seperti membeli kereta atau membeli rumah.

5. Wang Tidak Tidur

Ketahuilah hal ini, wang itu tidak pernah tidur, ia tidak mengenal erti masa dan waktu. Jika anda mengerjakan suatu pekerjaan dengan penuh beretika, wang akan sentiasa mengikuti anda. Dalam pekerjaan anda, bekerjalah lebih dari orang yang lain. Ramai yang mengatakan, Work Smart and Not Hard, tapi ingin saya kemukakan logik ini.. Work Hard and Smart lebih baik kerana Tuhan yang Maha Kuasa melihat usaha kita, maka, sudah tentu upah kita lebih besar bukan apabila kita berusaha melakukan kerja yang terbaik!

6. Hidup Dalam Kemiskinan Itu Satu Pilihan

Lahir dalam keluarga yang miskin itu bukan pilihan sesiapa, tetapi mati dalam keadaan yang miskin biasanya salah kita sendiri. Anda mungkin lahir dalam keluarga yang daif, namun begitu, anda mampu mengubah status anda sebagai orang yang miskin kepada orang yang berjaya sekaligus menaik taraf keluarga anda menjadi lebih berkemampuan. Singkirkan persepsi anda mengenai taraf hidup anda.. Katakan POOR IS NOT OK dan anda akan menjadi lebih positif dan bersemangat kental untuk berusaha gigih mencari wang.

7. Dapatkan Seorang Mentor Jutawan

Kenalpasti seorang jutawan yang anda kenal dan kaji kehidupan jutawan tersebut. Jadikan beliau mentor anda untuk berjaya. Selidiki cara hidup dan usaha beliau sehingga menjadi jutawan yang berjaya. Saya yakin orang yang telah berusaha gigih sehingga berjaya tidak akan lokek berkongsi ilmu dengan anda. :)

8. Melabur

Ya.. Melabur.. Melaburlah di dalam saham tidak kira Bursa Saham ke, FOREX Trading ke ataupun melalui ASB ( yang paling stabil dan kurang risiko). Tetapkan standard yang tinggi dan jangan berhenti sehingga anda mencapai standard tersebut. Ramai sekali yang gagal dalam pelaburan kerana mereka tidak memiliki hala tuju atau mempunyai standard yang rendah. Shoot for $ 10 million,not $ 1 million! Nescaya, anda pasti akan berjaya menjadi salah seorang jutawan suatu hari nanti.

Diharapkan agar para pembaca memperoleh sesuatu yang baru hasil perkongsian saya sebentar tadi. Harapan saya agar anda berjaya dalam kehidupan kewangan anda. :)

No comments:

Post a Comment