Thursday, August 6, 2015

Pandangan Saya: Adakah Tune Talk Tone Excel Itu MLM??

Apakah Itu Multi Level Marketting (MLM)??????


Imej diperoleh daripada http://danielwebbuilders.com/wp-content/uploads/2015/01/MLM-Companies.jpg
Menurut Wikipedia, 

  1. "Multi-Level Marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they generate, but also for the sales of the other salespeople that they recruit. This recruited sales force is referred to as the participant's "downline", and can provide multiple levels of compensation."
  2. Dalam erti kata lain, MLM merupakan sebuah bisnes di mana sesebuah syarikat akan memberikan komisyen kepada salesperson serta orang yang telah direkrut salesperson tersebut untuk menjual produk syarikat tersebut.

Hmmmm....Macam sama saja Tune Talk Tone Excel, saya dah 'expert' hal-hal MLM ni..Sangat menipu semuanya!! T_T 


Adakah itu benar saudara saudari yang saya kasihi sekalian??? Mari buat perbandingan tanpa berat sebelah mengenai hal ini..


1. Perundangan


Dari segi perundangan, semua syarikat yang menjalankan perniagaan MLM harus didaftarkan dalam Akta Jualan Langsung (AJL). Syarikat Tone Excel tidak didaftarkan dalam AJL tetapi didaftarkan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana Tone Excel berasaskan perkhidmatan telekomunikasi yang nyata.

2. Kebajikan 


Saya tidak pasti mengenai MLM tetapi perkhidmatan Tone Excel berdaftar dengan Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Ini bererti, sekiranya Tone Excel didapati menipu pengguna, aduan boleh dibuat dan Tone Excel akan menerima tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, Tone Excel turut menyediakan pampasan PA Insurance sebanyak RM 100,000 kepada pelanggan yang lumpuh kekal atau kematian disebabkan kemalangan.

3. Konsep Pemasaran 


Biar saya ambil salah satu syarikat MLM terbesar, Amway sebagai contoh. Konsep perniagaan Amway, apabila anda mendaftar sebagai ejen (Nak mohon pun perlu yuran yang tinggi), anda akan berada di tingkat tersendiri. Untuk mendapatkan komisyen,anda diharuskan membeli produk keluaran Amway di samping mempromosikan kepada pengguna di luar. Jadi, setiap bulan kena jadi ejen dan pengguna yang setia untuk menikmati ganjaran yang telah disediakan. Untuk naik ke tahap tertentu,ejen tersebut kena lah 'spend' lebih sikit wang dan bergiat lebih aktif untuk menerima habuan yang lebih besar dan komisyen berjalan selagi ejen tersebut aktif!Itulah MLM mengikut pandangan saya.
Perkhidmatan Tone Excel berjalan lebih kurang sama dengan MLM, tetapi ada perbezaannya, pengguna Tone Excel hanya perlu membeli simkad Tone Excel dan sudah sah lah anda menjadi seorang USAHAWAN Tone Excel seumur hidup. Untuk menerima komisyen, pengguna hanya perlu merujuk Tone Excel kepada orang lain dan top-up minima RM20 sebulan. Tidak seperti MLM, komisyen daripada Tone Excel ini hanya beberapa sen seorang, Namun begitu,perkhidmatan Tone Excel memungkinkan pengguna untuk hanya menggunakan telefon bimbit seperti biasa sambil menerima ganjaran yang memuaskan.


Diharap agar penulisan saya ini dapat membantu saudara/saudari yang tertanya-tanya mengenai subjek di atas. Kenyataan- kenyataan yang saya kemukakan di atas adalah persesi saya sebagai salah seorang pengguna Tone Excel yang tertanya-tanya,adakah Tone Excel ini MLM? Jika ada silap dan salah, sila hantarkan komen anda. Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment