Thursday, August 6, 2015

Pandangan Saya: Adakah Tune Talk Tone Excel Itu MLM??

Apakah Itu Multi Level Marketting (MLM)??????


Imej diperoleh daripada http://danielwebbuilders.com/wp-content/uploads/2015/01/MLM-Companies.jpg
Menurut Wikipedia, 

  1. "Multi-Level Marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they generate, but also for the sales of the other salespeople that they recruit. This recruited sales force is referred to as the participant's "downline", and can provide multiple levels of compensation."
  2. Dalam erti kata lain, MLM merupakan sebuah bisnes di mana sesebuah syarikat akan memberikan komisyen kepada salesperson serta orang yang telah direkrut salesperson tersebut untuk menjual produk syarikat tersebut.

Hmmmm....Macam sama saja Tune Talk Tone Excel, saya dah 'expert' hal-hal MLM ni..Sangat menipu semuanya!! T_T 


Adakah itu benar saudara saudari yang saya kasihi sekalian??? Mari buat perbandingan tanpa berat sebelah mengenai hal ini..


1. Perundangan


Dari segi perundangan, semua syarikat yang menjalankan perniagaan MLM harus didaftarkan dalam Akta Jualan Langsung (AJL). Syarikat Tone Excel tidak didaftarkan dalam AJL tetapi didaftarkan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana Tone Excel berasaskan perkhidmatan telekomunikasi yang nyata.

2. Kebajikan 


Saya tidak pasti mengenai MLM tetapi perkhidmatan Tone Excel berdaftar dengan Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Ini bererti, sekiranya Tone Excel didapati menipu pengguna, aduan boleh dibuat dan Tone Excel akan menerima tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, Tone Excel turut menyediakan pampasan PA Insurance sebanyak RM 100,000 kepada pelanggan yang lumpuh kekal atau kematian disebabkan kemalangan.

3. Konsep Pemasaran 


Biar saya ambil salah satu syarikat MLM terbesar, Amway sebagai contoh. Konsep perniagaan Amway, apabila anda mendaftar sebagai ejen (Nak mohon pun perlu yuran yang tinggi), anda akan berada di tingkat tersendiri. Untuk mendapatkan komisyen,anda diharuskan membeli produk keluaran Amway di samping mempromosikan kepada pengguna di luar. Jadi, setiap bulan kena jadi ejen dan pengguna yang setia untuk menikmati ganjaran yang telah disediakan. Untuk naik ke tahap tertentu,ejen tersebut kena lah 'spend' lebih sikit wang dan bergiat lebih aktif untuk menerima habuan yang lebih besar dan komisyen berjalan selagi ejen tersebut aktif!Itulah MLM mengikut pandangan saya.
Perkhidmatan Tone Excel berjalan lebih kurang sama dengan MLM, tetapi ada perbezaannya, pengguna Tone Excel hanya perlu membeli simkad Tone Excel dan sudah sah lah anda menjadi seorang USAHAWAN Tone Excel seumur hidup. Untuk menerima komisyen, pengguna hanya perlu merujuk Tone Excel kepada orang lain dan top-up minima RM20 sebulan. Tidak seperti MLM, komisyen daripada Tone Excel ini hanya beberapa sen seorang, Namun begitu,perkhidmatan Tone Excel memungkinkan pengguna untuk hanya menggunakan telefon bimbit seperti biasa sambil menerima ganjaran yang memuaskan.


Diharap agar penulisan saya ini dapat membantu saudara/saudari yang tertanya-tanya mengenai subjek di atas. Kenyataan- kenyataan yang saya kemukakan di atas adalah persesi saya sebagai salah seorang pengguna Tone Excel yang tertanya-tanya,adakah Tone Excel ini MLM? Jika ada silap dan salah, sila hantarkan komen anda. Sekian, terima kasih.





Tuesday, August 4, 2015

Tips Untuk Menjadi Jutawan Apabila Mencapai Usia 30 Tahun


Imej diperoleh daripada http://www.931freshradio.ca/files/2013/07/get-rich-round-green-button.jpg
Saya sering kali membaca artikel-artikel kewangan, keusahawanan dan bisnes daripada laman web seperti Business Insider dan LinkedIn. Pada entry kali ini, saya akan mengongsikan beberapa langkah untuk menjadi jutawan apabila mencecah umur 30 tahun yang saya baca dari sebuah laman web berbahasa Inggeris, Business Insider. Berikut merupakan pengertian yang saya dapati daripada membaca artikel hasil nukilan seorang jutawan.

1. Ikuti wang

Tingkatkan kewangan anda dengan mencari dan menyambar setiap peluang yang ada.

2. Jangan Menunjuk-nunjuk Sebaliknya, Beretikalah

Tidak salah sekiranya setelah anda mula berhasil menambah baik mutu kehidupan anda, anda 'enjoy' sedikit. Tetapi janganlah baru saja nak UP, terus beli kereta mewah, baju top price apa segala untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan sekerja anda sebaliknya, jadilah terkenal dengan etika kerja anda. Berusahalah menjadi pekerja yang CEMERLANG!

3. Menyimpan Untuk Melabur, Bukan untuk Menyimpan

Huh? Apa ertinya ayat di atas? Maksudnya, simpanlah wang yang anda 'save' ke dalam satu akaun yang tidak boleh disentuh dan selamat. Dalam erti kata lain, wang di dalam akaun tersebut, anda tak boleh keluarkan dalam apa jua keadaan sekalipun termasuk kecemasan. Suatu hari nanti, anda akan melihat wang yang anda simpan bertambah disebabkan faedah atau bunga yang ditambah oleh pihak bank ke dalam akaun anda.

4. Hindarilah Jalan Hidup Berhutang

Sebaiknya dalam hidup ini janganlah kita berhutang kerana berhutang hanya mencekik hidup kita. Berhutang hanya jika perlu, seperti membeli kereta atau membeli rumah.

5. Wang Tidak Tidur

Ketahuilah hal ini, wang itu tidak pernah tidur, ia tidak mengenal erti masa dan waktu. Jika anda mengerjakan suatu pekerjaan dengan penuh beretika, wang akan sentiasa mengikuti anda. Dalam pekerjaan anda, bekerjalah lebih dari orang yang lain. Ramai yang mengatakan, Work Smart and Not Hard, tapi ingin saya kemukakan logik ini.. Work Hard and Smart lebih baik kerana Tuhan yang Maha Kuasa melihat usaha kita, maka, sudah tentu upah kita lebih besar bukan apabila kita berusaha melakukan kerja yang terbaik!

6. Hidup Dalam Kemiskinan Itu Satu Pilihan

Lahir dalam keluarga yang miskin itu bukan pilihan sesiapa, tetapi mati dalam keadaan yang miskin biasanya salah kita sendiri. Anda mungkin lahir dalam keluarga yang daif, namun begitu, anda mampu mengubah status anda sebagai orang yang miskin kepada orang yang berjaya sekaligus menaik taraf keluarga anda menjadi lebih berkemampuan. Singkirkan persepsi anda mengenai taraf hidup anda.. Katakan POOR IS NOT OK dan anda akan menjadi lebih positif dan bersemangat kental untuk berusaha gigih mencari wang.

7. Dapatkan Seorang Mentor Jutawan

Kenalpasti seorang jutawan yang anda kenal dan kaji kehidupan jutawan tersebut. Jadikan beliau mentor anda untuk berjaya. Selidiki cara hidup dan usaha beliau sehingga menjadi jutawan yang berjaya. Saya yakin orang yang telah berusaha gigih sehingga berjaya tidak akan lokek berkongsi ilmu dengan anda. :)

8. Melabur

Ya.. Melabur.. Melaburlah di dalam saham tidak kira Bursa Saham ke, FOREX Trading ke ataupun melalui ASB ( yang paling stabil dan kurang risiko). Tetapkan standard yang tinggi dan jangan berhenti sehingga anda mencapai standard tersebut. Ramai sekali yang gagal dalam pelaburan kerana mereka tidak memiliki hala tuju atau mempunyai standard yang rendah. Shoot for $ 10 million,not $ 1 million! Nescaya, anda pasti akan berjaya menjadi salah seorang jutawan suatu hari nanti.

Diharapkan agar para pembaca memperoleh sesuatu yang baru hasil perkongsian saya sebentar tadi. Harapan saya agar anda berjaya dalam kehidupan kewangan anda. :)

Monday, August 3, 2015

Bisnes Yang Mampu Mengubah Hidup Anda!






Adakah anda seorang pelajar seperti saya? Segan untuk meminta wang saku daripada ibu bapa setiap bulan? Atau adakah anda seorang ayah/ ibu kepada anak-anak anda yang sedang bingung untuk menyara kehidupan sekeluarga atas faktor kenaikan harga barangan disebabkan GST, harga minyak yang tidak stabil serta penurunan nilai mata wang? Mungkin juga anda seorang pencari peluang yang berani mencuba sesuatu yang baru dan dahagakan cabaran? Jika jawapan anda adalah YA! SAYALAH ORANGNYA! Maka, saya ada 1 berita yang SANGAT SANGAT BAIK untuk ANDA!

Dengan Sukacitanya saya memperkenalkan program keusahawanan simkad TONE EXCEL kepada anda! Hmm.. Macam pernah dengar saja TONE EXCEL ni? MLM (Multi Level Marketting) ke? Bukan SKIM CEPAT KAYA ke ni? Bukan saudara/saudari yang saya kasihi, program simkad TONE EXCEL ini merupakan satu "referal program" di mana anda hanya perlu mempromosi sim kad Tone Excel kepada orang lain, sekiranya orang tersebut menggunakan perkhidmatan Tone Excel di bawah nama anda, anda akan diberi insentif RM 20 dan setiap kali orang tersebut top-up, anda akan mendapat komisyen! Mudah saja kan? Biar saya terangkan program tersebut dengan lebih lanjut...




Tingkat-tingkat dalam program keusahawanan Tone Excel
Rajah di atas menunjukkan peringkat peratusan komisyen yang akan anda perolehi apabila anda menyertai program keusahawanan Tone Excel ini. Bukankah ia satu keuntungan, apabila anda hanya perlu menggunakan barang keperluan untuk mendapatkan 'side income' yang berpotensi untuk menjadi SANGAT SANGAT SANGAT LUMAYAN? Anda juga berupaya untuk menambah peratusan komisyen anda dengan mengikuti rajah di bawah:


imej diperoleh dari www.toneexcelpro.com/wp-content/uploads/2014/01/tunetalk-toneexcel-rujukan2.jpg
Mengikut pandangan saudara/ri, adakah program keusahawanan ini berbaloi? Sudah tentu saudara/ri yang saya kasihi, bayangkan situasi ini. Anda mempunyai seorang downline di level-1 yang top up RM10, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM 0.60. Ini mungkin kedengaran agak sedikit,hanya sen sen katakan. Tetapi boleh anda bayangkan jika anda mempunyai 10 downline level-1 dan setiap seorang daripada mereka mempunyai downline level-1 dan 2 tersendiri? Nescaya dalam 2 atau 3 bulan anda mampu mendapat pendapatan sampingan sebanyak RM 100 sehingga RM 200. Anda teruskan lagi sehingga 2 tahun dan anda berkemungkinan akan mendapat lebih banyak komisyen! Hanya dengan menukar perkhidmatan telekomunikasi anda kepada Tone Excel!


JADI, BILA LAGI ANDA INGIN MENUKAR PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI ANDA KEPADA TONE EXCEL?


Sertailah Rangkaian Kami yang Hebat dan Anda berpeluan untuk Menjana Pendapatan Sampingan Yang Lumayan + Bonus yang Sangat Hebat!

Antara Bonus-Bonus Yang Menanti Anda!!!!!!

1. Mata Ganjaran Setiap Kali Anda Top Up

Setiap kali anda top-up, anda akan mendapat points di mana points tersebut boleh digunakan untuk menuntut tiket kapal terbang Air Asia atau 'Smartphones' dan barang-barang lain yang ditawarkan seperti tiket konsert, tiket wayang dan lain-lain!

2. Nilai Top Up Ditambah 

Apabila anda top up RM 30, anda akan mendapat nilai top up sebanyak RM 50 manakala apabila anda top up sebanyak RM 50, anda akan mendapat nilai top up sebanyak RM 70!

3. Ada PA Insurance

PA Insurance ataupun Personal Accident Insurance merupakan insurans yang akan mengurapi anda kos-kos perubatan atau pampasan sebanyak RM 100,000 kepada waris anda sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kecacatan kekal atau kematian. Dengan menambah nilai airtime anda atau top up sebanyak RM 50, anda akan mendapat perlindungan insurans daripada Tone Excel.

4. Kadar Diskaun di Tune Hotel yang Tinggi

Apabila anda menginap di Tune Hotel di mana sahaja anda berada, anda akan mendapat diskaun sehingga sebanyak 30%! 

SERTA BANYAK LAGI PELUANG DAN BONUS MENANTI ANDA APABILA ANDA MENYERTAI PROGRAM KEUSAHAWANAN TONE EXCEL...ANDA JUGA BOLEH MENGEKALKAN NOMBOR TELEFON LAMA ANDA APABILA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI TONE EXCEL :) 

Dengan hanya bermodalkan RM 95.40 (6% gst included), anda dapat menambah periuk nasi diri serta keluarga yang tersayang. Apa tunggu lagi! Tuaian untuk bisnes keusahawanan ini masih banyak, AYUH! Rebutlah peluang keemasan ini sebelum peluang anda diambil oleh penuai yang lain!

Untuk mendapatkan simkad ajaib ini, sila hantarkan maklumat anda mengikut format di bawah:

Nama
Alamat mel
Nombor I.C 
Nombor Telefon 
Adakah anda ingin mengekalkan nombor lama? Jika ya,taip 'Ya' dan jika tidak,taip 'Tak'

dan hantarkan melalui e-mel ke kikok7@live.com atau 

dengan menggunakan SMS, hantarkan ke 013-8227618  atau 018-4093323(hanya SMS dibenarkan)


Untuk mengetahui cara-cara program keusahawanan ini dijalankan serta testimoni-testimoni pengguna yang lain. Sila klik http://hasil100fb.com/596464


Setelah tempahan anda disahkan, berserta dengan bayaran deposit ke akaun yang akan diberitahu melalui e-mel atau SMS.


Semoga Berjaya Dalam Bisnes Tone Excel!!

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/default.php dan http://www.tunetalk.com/my/